Pages

Thursday, August 26, 2010

Sejarah Penubuhan Unit Bimbingan & Kaunseling

Unit Bimbingan dan Kaunseling SK AU Keramat mula ditubuhkan pada tahun 2002 setelah Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan semua sekolah rendah mewujudkan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Penubuhannya adalah bagi mengurangkan kadar masalah sosial dan disiplin yang semakin membimbangkan di kalangan pelajar sekolah menengah. Diharapkan dengan mewujudkan Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah akan dapat melahirkan pelajar yang memiliki disiplin yang baik dan tinggi.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah yang diterajui oleh Tn. Hj. Abu Hassan Sidek mengambil inisiatif untuk menghantar guru-guru bagi mengikuti kursus tersebut. Guru-guru yang dihantar mengikuti kursus ialah Cikgu Mohd Yusri Othman, Cikgu Mohd Azmi Abdul Wahid dan Cikgu Hajah Che Rosnah Abu Bakar. Kursus Guru Bimbingan Sekolah Rendah tersebut diadakan di Institut Perguruan Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur selama 7 minggu di maktab dan 7 minggu menjalani praktikum di sekolah sendiri.

No comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget